Rabu, 9 November 2011

Moga Allah SWT temukan kami semula

Ana pernah bercinta lebih kurang 5 tahun.Dialah perempuan pertama dan terakhir yang sentiasa akan berada di
hati Ana.Seperti semua orang inginkan,kalau bercinta mesti mahu kejinjang pelamin betul ta?
Ana juga mempunyai perasaan yang sama.Cinta ana adalah ikhlas buat si dia.Wanita ini jugaklah yang banyak
mengajak Ana kejalan Allah SWT,mendekati Allah SWT.Cinta ana buat wanita ini adalah kerana Allah.Allah telah mengutuskan wanita ini untuk membimbing ana kejalan Allah.Sehingga pada tarikh sekalian sekalian ana ditakdirkan
berpisah dengan pasangan ana oleh sebab tidak direstui oleh keluarganya.Keluarganya sangat bencikan ana mngkin sebab ana telah banyak membuatkan hati keluarganya tidak tenang.Walaupun ana kaum Adam ana
mempunyai hati yang kecil,hati yang lembut mudah mengalirkan air mata.Ana tidak pernah mengalirkan air
mata buat wanita lain selain untuk keluarga ana dan Wanita ini.Ana banyak mintak petunjuk Allah untuk
temukan jodoh yang terbaik buat Ana dan wanita ini la yang terbaik buat ana.Apabila ana berdoa kepada
Allah air mata anta akan mengalir mengenangkan hubungan kami.
Cerita mengenai pasangan Ana,pada mulanya pasangan ana ini tidak setuju dengan ape yang ibunya lakukan.sehingga ibunya paksanye untuk berkawan dgn seorang lelaki yang pasangan ana tidak rela untuk hadapinya.Sehinggakan apa yang pasangan ana ceritakan pada ibunya mengenai lelaki tersebut ibunya hanya pandang lelaki tersebut baik sahaja tingkah lakunya.Maklumlah lelaki itu sudah bekerjaya seorang yang banyak membuat jasa kepada manusia tanpa dia manusia tidak akan sihat namun ana hanyalah seorang pemegang diploma yang baru sahaja ingin mengenal dunia kerjaya apakan daya ana tidak mempunyai apa2 untuk dibuktikan buat keluarga pasangan ana.Apepun Ana hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah SWT.Berbalik kepada kisah ana,sehinggakan pada satu hari ibunya membuat perhitungan buat pasangan ana untuk memilih anta atau ibunya.Apa yang Ana mampu katakan pengorbanan ibu terlalu besar buat anaknya pilihlah ibumu.Pasangan ana membuat keputusan kite ditakdirkan berpisah buat seketika,Apa yang ana mampu katakan kalau itu yang terbaik buat diri pasangan ana,ana turutkan.Memang sukar untuk berpisah dengan pasangan ana tetapi Allah telah takdirkan untuk kami berpisah.Ana redha dengan ketentuan Allah SWT mungkin ini yang terbaik untuk hubungan kami.Bekorban untuk orang yang tersayang adalah perkara yang indah untuk melihat hidupnya bahagia dan ingatlah setiap pengorbanan kita Allah akan balas dengan ape jua kebaikan asalkan ia berlandaskan ke jalan Allah SWT.Berbalik kepada cerita ana.Ana berharap dan sentiasa berdoa agar Allah temukan ana dengan pasangan ana pada masa akan datang dan mendoakan supaya jodoh anta dgn pasangan ana kekal hingga akhir hayat Ana.Sekiranya Allah telah temukan pasangan ana dengan lelaki yang lebih baik daripada ana,ana tumpang bahagia hingga akhir hayat kalau tidak dapat bertemu dibumi allah ini Ana akan jumpenye diakhirat nanti...insyaallah..Ana sayangkan wanita ini kerana Allah.

Di sini ana ingin berkongsi sedikit pendapat

Buat seseorang yang sedang dilamun cinta jagalah batas pergaulan kamu sebagai pasangan maka Allah akan jaga hubungan kita dan jangan sesekali terjebak dengan perbuatn maksiat ini akan membuat diri kamu semua merana.Bagi yang sudah terlanjur bertaubatlah kejalan Allah.
Ingatlah kamu semua cintalah seseorang itu kerana Allah janganlah kamu mencintai seseorang itu lebih daripada diri kamu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan