Jumaat, 18 November 2011

Sangat berharga buat diriku...








Assalamualaikum....ana na kongsikan sesuatu.Sambil ana mengemas barang untuk pulang ke tempat pengajian ,sempat lagi ana meninitiskan air mata ana melihat barang yang sangat berharga buat diri ana.Semua ini akan ana simpan dan gunakannya sehingga ana bertemu dengan awak satu hari nanti.Insyaallah ana sentiasa mendoakannya.Ana tahu awak pon mendoakan perkara yang sama.Allah maha mendegar awak,merayu lah pada Yang Esa.

Diari bewarna kemerah merahan yang dihiasi dengan cantik banyak kenangan kami bersama pelbagai janji janji telah kami sematkan dalam diari ini mudah mudahan termakbulah janji kami.Ana berdoa kepada Allah agar janji yang telah kami kotakan akan temakbul satu hari nanti.Allah maha mendengar apa yang dimohon hambanya.Awak...ana tak sanggup nak baca diari ini ana memang tak dapat na tahan air mata ana bila membaca diari ini.Ana harap kita dapat baca bersama satu hari nanti.Insyaallah.Doa ye awak jangan pernah jemu.

Cincin ini merupakan perkara yang paling indah buat kami.Sebelum nie ade yang hilang tapi ini yang bertahan.Ana akan pakai cincin ini sampai bila-bila tiada cincin lain yang akan ada di jari ana selain cincin ini.Cincin ini lah yang menjadi saksi segalanya bila kami tidak bersama.Ya Allah lindungilah orang yang aku sayang.Bisikkanlah rasa sayang ana terus ke dalam hatinya.Hambamu ini mampu menerima ujian daripada mu ya Allah.Kepadamu lah tempat aku mengadu.

Kad Happy birthday nie selama ana bersama dengan awak tak pernah pon awak miz satu pon na bagi dekat ana.Bila ana baca balik terlalu besar harapan kita awak.Mudah mudahan Allah makbulkan doa kita.Ana percaya Allah sayangkan kita sebab itu Allah beri ujian sebegini.Pengorbanan yang paling besar awak hadiahkan buat ana hari jadi ana yang lepas.Terlalu besar pengorbanan awak buat ana,Ana menghargainya awak.Awaklah yang terbaik dalam hidup ana.Ana sayangkan kamu berdua.Ya Allah kuatkanlah hambamu ini Ya Allah dalam menjalani ujian Mu.

Beg ini walau kemana pon ana pergi,ana akan pakainya.Ana tak pernah ade beg lain selepas awak hadiahkan beg ini kepada ana.Beg inilah ana gunakan untuk mencari ilmu.Ana menghargainya.Ana akan gunakan beg ini selagi beg ini mampu bertahan bersama ana.

P/S:Khas buat awak...pengorbanan awak buat ana terlalu besar.Berdoalah kepada Allah agar Allah beri kita petunjuk menuju kebahagiaan kelak.Ana sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita dan keluarga kita.Ana sangat rindukan awak.Ya Allah bisikkanlah rasa rindu ana ini terus ke dalam hati dia.Semoga bertemu lagi...Insyaallah.Bnyakkan berdoa kepada Allah.

Excited...

Assalamualaikum sahabat...Sehari kalau ana ta bukak blog memang tak sah.Bilalah ana nak berhenti bukak blog nie..hehe.Sebenarnya ana tak sabar na balik ke utara Malaysia rase excited sangat.Ana nak mulakan semangat baru belajar bersungguh sungguh untuk buktikan bahawa masa depan ana juga cerah..insyaallah.Kejayaan ana ini ana akan hadiahkan kepada mama,papa dan orang yang sentiasa yang ana ingat selalu..Insyaallah.kalau niat kita baik pasti Allah akan tunaikan impian kita.Bila ana dah berada di sana mungkin ana dapat lupekan serba sedikit perkara yang patut ana terima hakikatnya.Di sana ramai rakan rakan yang boleh membantu ana untuk ana mengejar kejayaan di dunia dan di akhirat.Pilihlah kawan yang sebetulnya bukan pilih kawan yang boleh merosakkan kita.Ana excited nak balik sana sebab di sana tenang banyak ilmu yang ana boleh pelajari malah tak terhabis ilmu tersebut.Masyallah bertapa pentingnya ilmu kan?Cuma ana nie kene rajin bertanya dan ingat kejayaan itu sentiasa berada di depan.Mama n Papa banyak beri semangat buat ana untuk ana corakkan diri ana ini ke jalan Allah SWT.Ana telah berterus terang pada mereka mengenai perasaan ana terhadap ape yang berlaku sebelum iniAlhamdulillah mereka memahami hajat ana dan suruh ana belajar bersungguh sungguh buktikan kepada mereka.

P/S:Khas buat awak...Kalau awak terbaca entry nie ana nak awak ingat walau jauh mana pon ana berada ana nak awak tahu namamu tetap berada dihati ana.Kalau awak rindukan ana sebutlah nama ana dalam doamu.Insyaallah bnda yang kita hajatkan Allah akan makbulkan janji niat awak betul betul ikhlas kerana Allah.Awak belajar rajin rajin k.awak fikir belajar je sekarang nie jangan pening pening kepala lagi dah kuatkan diri awak ape pon awak kene ingat banyak lagi ilmu yang perlu awak belajar termasuk juga diri saya..Buktikan pada ibu dan ayah awak yang awak boleh berjaya.Awak ana takkan pernah lupekan awak.ana hanya mampu berdoa yang terbaik buat kita.Biarlah tak dapat tanya khabar pon cukuplah ana dapat membaca entry awak.Awak jangan lupekan ana k.Sentiasa ingat cincin di jari kita menjadi saksi apa yang kita lakukan bila awak tiada di sisi ana.Allah itu maha mengetahui setiap ape yang hambanya lakukan.Insyaallah kalau ade jodoh Allah akan temukan kita awak biarlah dalam jangka masa yang panjang sekali pon yang penting kita sentiasa berdoa kepadaNya.Jangan putus putus memohon ape yang kita hajatkan.Amalkanlah zikir di entry ana.zikir tu tak sempat ana baca di telinga awak ana nak sangat awak amalkan.Lagi satu ana nak pesan solat jangan tinggal kerana dengan solatlah dapat menenangkan diri kita bila dapat ujian Allah.Allah akan beada di sisi orang yang sentiasa bersabar.

Ya Allah kuatkanlah diri kami ini dalam menempuh ujian Mu Ya Allah.Kami tahu kau sayang kan kami kerana itulah kau turunkan ujian sebegini pasti ade yang lebih baik yang akan kau berikan kepada kami satu hari nanti.Insyaallah..

Last but not least,Ana sayang mama,papa,famly ana,Awak dan si curly ana yang sangat comel Mohammad.

Khamis, 17 November 2011

Kuatkan Diri..

Sabtu nie ana pulang ke tempat pengajian ana.Apepon ana kene kuatkan diri untuk menghadapi sem baru nie

pelbagai ujian yang Allah berikan semasa ana cuti nie kemungkinan ade lagi Ujian yang bakal ana tempuh apabila

berada di sana.Ape pon ana hanya mampu memohon kekuatan daripada Allah.Ana percaya Allah menguji ana

sebab Allah sayangkan Ana.Buat Awak yang membaca entry ini.Sama sama lah kita kuatkan diri untuk

menghadapi ujian ini.Ape ape yang awak ingin kongsi dgn ana kongsi la di entry awak insyaallah ade mase ana

akan baca entry awak.Ya Allah bisikanlah rase rindu ana dekat sahabat ana Ya Allah.Awak...kalau awak

baca entry nie ana nak awak tahu yang ana sentiasa ingat dekat awak sebutlah nama ana dalam doamu

insyaallah ana akan terasa.Awak ingat awak Allah beri kita ujia sebab Allah sayang kan kita.Jangan sesekali

memberontak kerana hati kita yang akan sakit.Ana harap sempena awak masuk kolej,awak dapat

menjaga diri awak sepertimana ketika ana bersama awak dulu.Ingat ape yang ana tak suka awak buat jangan

lakukan.Begitu juga ana ape yang awak tak suke ana lakukan ana tak akan buat.Awak dengan nama Allah

ana sentiasa sayang kan awak.Jangan lupekan ana awak.Insyaallah kalau jodoh kita panjang Allah akan

temukan kita semula.Doa banyak banyak awak.Amalkan zikir munajat yan ana post dekat entry ana.Semoga

segala dosa dosa kita akan diampun oleh Allah SWT.

Selasa, 15 November 2011

Hidup terasa sunyi bila.....

Sejak tiadanya si dia menanya khabar buat diriku aku terasa sunyi sekali....

Kadang kadang tu terasa yang diri nie macam dah tade ape ape pon...

Sebagai seorang muslim aku percaya Allah tu maha adil....

Setiap pengorbanan yang aku lakukan pasti ade hikmahnya...

Cuma aku mampu atau tidak nak tanggung semua ini seorang diri....

Bnyakkan istighfar imran,banyakkan istighfar,satu hari nanti pasti kau akan jumpe jalan penyelesaian...

Sumpah demi allah aku terlalu rindukan si dia kadang2 tu aku sakit sape pon tak tau...

Hanya si dia yang memahami aku tapi bile dah jadi macam nie aku harus kuat untuk hadapi liku liku kehidupan...

Aku tanak siksa jiwa si dia mahupun ibunya....

Berserah kepada Allah kan lebih baik...

Tapi mampukah aku untuk hadapi semua ini?mampukah?

Banyakkan berdoa imran perbanyakkan amalan yang Di sukai oleh Allah

Insyaallah Allah akan bantu....

Wamakaru wamakara Allah Waallahu Khairul Makirin....

Astaghfirullah Rabbal Baraya




Assalamualaikum....ana nak kongsi dgn sahabat sahabat zikir taubat nasuha...
Ana tak sempat na bacakan untuk si dia harap harap si dia tahu yang ana ingin si dia amalkan zikir ini...
Begitu juga untuk sahabat sahabat amalkanlah zikir ini......
Moga dosa kita diampun oleh Allah SWT

Pedoman.....

Ana seorang insan yang banyak kelemahan...

Masih banyak perlu berlajar untuk memajukan diri....

Dalam masa yang sama ketika ana hendak menuju ke arah kejayaan....

Ana ditinggalkan pula disisihkan pula.....

Alhamdulillah ana masih mempunyai keluarga yang sentiasa memberi semangat untuk diri ana.....

Berat untuk ana lupekan kenangan lama....

Akan tetapi ana pegang kepada perinsip bahawa kita menuju ke depan.....

Kejayaan itu sentiasa berada di depan tidak ade kejayaan yang berada dibelakang kita....

Kejayaan yang berada dibelakang hanyalah kenangan semata mata....

Ana tahu ini semua ketentuan Allah....

Allah beri ana ujian seperti ini untuk ana belajar mendekaktkan lagi diri ana kepada yang Maha Esa....

Mungkin perit untuk ana lalui kehidupan di dunia ini...

Akan tetapi perit itulah kemanisan yang ana akan dapat daripada Allah SWT satu hari nanti...

Insyaallah...........


Wamakaru Wamakara Allah Wallahu Khairul Makirin...

Maksudnya: Kita merancang,Allah juga merancang,Sesungguhnya Allah itulah sebaik baik perancang.....

Isnin, 14 November 2011

Ingatan untuk kita bersama....

.......dulu hamba sendiri dgr lagu2 sblm tidur..kdg2 sampai tak tertutup lagu tu..satu hari....ibuku menegurku, 'kalau lah mati dalam tidur mcm mana?? bknnya kalimah ALLAH yg didgr, tapi alunan muzik!!!'..

....jadi di sini ada sedikit perkongsian dan ingatan bg rakan2 dan diriku juga.. =)

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrahmaanirrahiim,

Qulhuallahu ahad' Allahushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrahmaanirrohiim, Allahumma sollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu allahu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Doa pengasih...

Dalam hadis riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a telah memohon Nabi s.a.w agar berdoa kepada Allah supaya diberikan hidayah kepada ibunya agar memeluk Islam. Berkat doa Nabi yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu kepada Abu Hurairah telah memeluk islam akhirnya. Beliau kemudiannya meminta Nabi s.a.w berdoa kepada Allah agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang beriman. Nabi telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan - "wa ummahu" (dan ibu Abu Hurairah), selepas kalimah "abdaka hadza". Hasil doa Nabi, setiap orang beriman yang lahir akan merasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah.

Untuk Pendo'a Lelaki:


أَللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا اِلَى عِبَادِكَ الْمُؤمِنِينَ وَحَبِّبْ اِلَى الْمُؤمِنِين


Allahumma habbib 'abdaka haza ila 'ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin.

"Ya Allah, jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah ia menyintai orang yang beriman"

Untuk Pendo'a Wanita:

أَللَّهُمَّ حَبِّبْ أَمَتَكَ هَذِهِ اِلَى عِبَادِكَ الْمُؤمِنِينَ وَحَبِّبْ اِلَى الْمُؤمِنِين

Allahumma habbib amataka hadzihi ila 'ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin.

"Ya Allah, jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah ia menyintai orang yang beriman".

Penyuluh ketenanganku....

Ana ingin kongsikan satu Surah yang boleh kita amalkan di antara waktu maghrib dan isyak ataupun selepas isyak.Selamat mengamalkanya wahai sahabat :).


Fadhilat surah Al Mulk

Mukaddimah Surah al-Mulk

1. Dinamakan sebagai surah al-Mulk berdasarkan lafaz ayat yang pertama di dalam surah ini الْمُلْكُ yang bermaksud Kerajaan . Telah disebutkan di dalam hadis yang bersanad hasan bahawa Nabi saw juga telah menamai surah ini sebagai surah al-Mulk. Ia juga dinamai sebagai surah الْمُلْكُ تَبَارَكَ yang bermaksud Keagungan Kerajaan Allah swt .

2. Dinamakan juga sebagai al-Waqiyah (yang mempertahankan) dan al-Munjiyah (yang menolong dan menyelamat) kerana surah ini akan mempertahankan, membela dan menolong bagi orang yang membacanya daripada terkena azab kubur.

3. Juga dinamai sebagai surah al-Mana`ah ( yang menegah ) daripada terkena azab kubur.

4. Jumlah ayat surah ini sebanyak tiga puluh ayat mengikut kebanyakkan ulama dan tiga puluh satu ayat mengikut ulama Hijjaz. Akan tetapi kata Imam al-Jasos daripada mazhab Hanafi, telah sepakat dikalangan ulama-ulama al-Quran bahawasanya surah ini mempunyai tiga puluh ayat sahaja. Katanya lagi sekiranya ada pendapat mengatakan ayatnya berjumlah tiga puluh satu ayat maka pendapat ini telah bersalahan dengan hadis Nabi saw. Wa Allahu `Alam.

5. Kata Ibnu Abbas r.huma, “Surah al-Mulk telah diturunkan di Mekah”, maka oleh itu surah ini termasuk surah Makkiyah, yakni surah yang diturunkan di Mekah sebelum hijrah. Katanya lagi, “Telah diturunkan surah Tabarokal Mulk kepada penduduk Mekah kecuali pada tiga ayat”. Pendapat ini adalah yang telah disepati oleh semua ulama. Tiga ayat yang dimaksudkan masih dalam khilaf (perselisihan) pendapat di kalangan ulama dan ia diturunkan di Madinah.

6. Surah ini adalah surah yang ke tujuh puluh enam mengikut tertib penurunkan surah-surah al-Quran dan dikatakan surah ini turun setelah turunkan surah al-Mukminun dan sebelum diturunkan surah al-Haqqah. Ada juga pendapat mengatakan surah ini diturunkan selepas surah at-Thur sebelum surah al-Haqqah.


7. Diriwayatkan surah ini diturunkan sekalugus kepada Nabi saw. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Marduwiyah daripada Abu Hurairah r.hu, bahawasanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda,

أنزلت عليّ سورة تبارك وهي ثلاثون آية جملة واحدة « وقال : » هي المانعة في القبور

Maksudnya : “Telah diturunkan kepadaku surah Tabarok dan ia terdiri daripada tiga puluh ayat dan diturunkan secara sekaligus. Sabda baginda lagi, Surah ini merupakan menegah dan menyelamatkan (siksa)di dalam kubur”.


Kelebihan / Fadhilat Surah al-Mulk


1. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu majah, Ibnu Durais, al-Hakim dan ia mengatakan sahih, Ibnu Marduwiyah dan al-Baihaqi, daripada Abi Hurairah r.hu, dia berkata, telah bersabda Rasulullah saw,

إِنَّ سُورَةً مِنْ الْقُرْآنِ ثَلَاثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ وَهِيَ سُورَةُ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Maksudnya : Sesungguhnya di dalam al-Quran terdapat satu surah yang mempunyai tiga puluh ayat, yang mana ia akan dapat memberi syafaat bagi seseorang (yang rajin membacanya), sehingga ia mendapat keampunan, dan ia adalah surah تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ . Lafaz hadis ini daripada at-Tirmizi dengan sanad hasan. Telah berkata al-Hakim, “hadis ini sahih”.

2. Dalam hadis lain disebutkan, daripada Anas b. Malik, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud,
“Ada satu surah di dalam al-Quran yang akan membela pembacanya sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga, iaitu surah تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ . Hadis yang diriwayatkan oleh at-Thobrani dan Ibnu Marduwiyah.

3. Daripada Ibnu Abbas r.huma, dia mengatakan bahawa telah terdapat daripada kalangan sahabat Nabi saw yang membuat khemah di sebuah tempat di tanah perkuburan dan tidaklah ia mengatahui bahawa tempat itu merupakan tanah perkuburan. Kemudian ia menyedari bahawa tempat itu adalah sebuah tanah perkuburan lalu ia telah mendengar seseorang membaca surah al-Mulk sehingga habis, Kemudia ia datang berjumpa Nabi saw dan bertanya, wahai Rasulullah, aku telah memasang khemah di sebuah tempat di tanah perkuburan dan sedangkan aku tidak mengetahui bahawa disitu adalah sebuah tanah perkuburan, tiba-tiba aku terdengar di didalam tanah kubur itu seseorang yang membaca surah al-Mulk sehingga habis. Maka jawap Rasulullah saw dengan sabdanya,

هِيَ الْمَانِعَةُ هِيَ الْمُنْجِيَةُ تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

Maksudnya : “Itulah ia surah yang menegah dan yang menyelamat, yang menelamatkan pembacanya daripada siksa kubur”. Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Abdur Razzaq, at-Thorani dan al-Baihaqi. Kata at-Tirmizi, “hadis ini bersanad hasan ghorib”.

4. Daripada Ibnu Abbas r.huma, dia mengatakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda,

لَوَدِدْتُ أَنَّهَا فِي قَلْبِ كُلِّ إِنْسَانٍ مِنْ أُمَّتِي يَعْنِي: "تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ"

Maksudnya : “Sesungguhnya aku menginginkan agar surah ini berada di dalam hati (dihafal) setiap manusia daripada kalangan umatku”. Hadis yang diriwayatkan oleh at-Thobrani, al-Baihaqi, Abdu bin Hamid dengan sanad dhoif (lemah).

5. Disebutkan hadis riwayatkan at-Thobrani, Ibnu Marduwiyah dengan sanad yang baik daripada Ibnu Mas`ud r.ha, katanya : “Barangsiapa yang membaca surah ini pada waktu malam, maka sesungguhnya ia telah melakukan dan mendapat kebaikan yang banyak”.

6. Disebutkan oleh hadis riwayat `Abdur Razzaq daripada Ibnu Mas`ud r.hu, dia berkata : “Adapun Nabi saw membaca dalam solat jumaat dengan surah al-Jumu`ah dan al-`Ala dan di dalam solat subuh pada hari jumaat dengan surah as-Sajdah dan al-Mulk”.

7. Sabda Nabi saw,

إني لأجد في كتاب الله سورة هي ثلاثون آية من قرأها عند نومه كتب له منها ثلاثون حسنة ، ومحي عنه
ثلاثون سيئة ، ورفع له ثلاثون درجة ، وبعث الله إليه ملكاً من الملائكة ليبسط عليه جناحه ويحفظه من
كل شيء حتى يستيقظ ، وهي المجادلة تجادل عن صاحبها في القبر ، وهي"تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

"
Maksudnya : “Sesungguhnya aku telah mendapati di dalam Kitabullah ada satu surah yang mempunyai tiga puluh ayat, barangsiapa yang membacanya ketika hendak tidur, akan dituliskan baginya tiga puluh ganjaran kebaikan, dan akan menghapuskan tiga puluh kejahatan, dan mengangkat tiga puluh darjat, dan akan diutuskan oleh Allah swt kepadanya seorang Malaikat yang akan menghamparkan sayap-sayapnya dan menjaga orang yang membacanya tadi sampai ia bangun, dan surah ini akan melindungi dan menjaga orang yang membacanya daripada terkena siksa di dalam kubur, dan itulah ia surah "تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ" . Hadis riwayat ad-Dailami daripada Ibnu Abbas r.huma.

8. Sabda Nabi saw lagi,

دخل رجل الجنة بشفاعة سورة من القرآن ، وما هي إلا ثلاثون آية تنجيه من عذاب القبر
"تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ".

Maksudnya : “Seseorang yang dimasukkan ke dalam syurga disebabkan syafaat daripada sesuatu surah al-Quran, dan tidaklah yang dapat memberi syafaat itu melainkan tiga puluh ayat yang telah melindungi daripada azab kubur. Hadis riwayat Ibnu Marduwiyah.
9. Sabdanya lagi,

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقرأ { ألم تنزيل } السجدة و "تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ" كل ليلة
لا يدعها في سفر ولا حضر .

Maksudnya : “Bahawasanya Nabi saw lazimnya membaca surah as-Sajdah dan Tabarokal..(al-Mulk) pada setiap malam, dan tidaklah ia meninggalkan membacanya sama ada sedang bermusafir atau tidak”. Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Mardawiyah daripada `Aisyah r.ha. Hadis ini juga oleh Abi Na`im daripada Jabir r.hu, katanya : “Adalah baginda Nabi saw tidak akan tidur sehinggalah baginda membaca surah as-Sajdah dan al-Mulk”.

10. Disebutkan di dalam kitab Mukhtasor tarikh Damsyiq, hadith daripada sanad ahli bait (keturunan Nabi saw), daripada Ali r.hu, telah bersabda Nabi saw :

من قالهن عند وفاته دخل الجنة: لا إله إلا الله الحكيم الكريم ثلاث مرات, الحمد لله رب العالمين
ثلاث مرات ,تبارك الذي بيده الملك يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير

.
Maksudnya : “Barangsiapa yang membaca ayat (lafaz-lafaz) ini sewaktu hendak wafat, (maka) ia akan dimasukkan ke dalam syurga, Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang Maha Lembut lagi Maha Mulia sebanyak tiga kali, Segala Pujian hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam sebanyak tiga kali, Maha suci Allah yang di tangan-Nyalah segala Kerajaan, Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

11. Disebutkan juga di dalam kitab Mukhtasor tarikh Damsyiq :

كان عيسى بن مريم إذا أراد أن يحيي الموتى صلى ركعتن يقرأ في الأولى " تبارك الذي بيده الملك
" وفق الثانية " تنزيل " السجدة، فإذا فرغ مدح الله وأثنى عليه ثم دعا بسبعة أسماء: يا قديم! يا حي!
يا دائم! يا فرد! يا وتر! يا أحد! يا صمد! قال البيهقي: ليس هذا بالقوي.

Maksudnya : Adapun Nabi `Isa bin Maryam, apabila ia menghendaki untuk menghidupkan seseorang yang telah mati, (maka) baginda solat dua rakaat, pada rakaat pertama baginda membaca surah al-Mulk dan pada rakaat kedua baginda membaca surah as-Sajdah. Setelah selesai, baginda memuji dan menyanjung Allah swt dengan tujuh nama : Wahai Yang Maha Dahulu Wujud, Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Maha Berterusan dengan Sifat-SifatNya, Wahai Yang Maha Tunggal, Wahai Yang Maha Ganjil, Wahai Yang Maha Esa, Wahai Yang Maha Kekal Abadi. Kata Imam al-Baihaqi, sanad hadis ini tidak kuat. Wa Allahu `Alam.

12. Daripada dalil-dalil hadist di atas menunjukkan bahawa, seseorang yang sentiasa membaca surah ini akan dilindungi daripada azab kubur disebabkan berkah dan syafaat yang telah ditentukan Allah swt akan keistimewaan surah ini. Dengan berkah membaca surah ini juga dosa-dosa akan diampunkan Allah swt. Wa Allhu `Alam.

13. Disebutkan dalam kitab Fiqh mazhab as-Syafie (I`anatul Tholibin, Syarah al-Manhaj, al-Mughni), disunatkan untuk membaca surah al-Mulk setelah selesai membaca doa hilal setelah melihat hilal (bulan), doanya berbunyi begini :

الله أكبر، اللهم أهله علينا بالامن والايمان، والسلام والاسلام، والتوفيق لما تحبه وترضاه. ربنا وربك الله.
هلال خير ورشد - مرتين - آمنت بمن خلقك - ثلاث مرات - ويسن أن يقرأ بعد ذلك سورة تبارك

.
Maksudnya : Allah Maha Besar, Ya Allah selesaikan (urusan-urusan) kepada kami dengan kurniaan keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam, dan petunjuk kepada Engkau cintai dan Engkau redhai. Wahai Tuhan kami, dan Tuhan Kamu adalah Allah. Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, ad-Darimi, at-Thorani, Ibnu Abi Syaibah, `Abdur Razzaq, Abu Ya`li dan Ibnu Hibban dengan sanad sahih. Kemudian membaca doa ini dua kali, “Hilal adalah sesuatu yang baik dan memberi petunjuk”, kemudian membaca doa ini sebanyak tiga kali, “aku beriman dengan Dia (Allah) yang telah menciptakan engkau. Kemudian membaca surah al-Mulk. Kata as-Subki (ulama mazhab as-Syafie), dibaca surah a-Mulk kerana surah ini mengandungi tiga puluh ayat dan dikaitkan dengan jumlah hari di dalam satu bulan. Dan dikatakan juga bahawa sakinah (ketenangan) turun sewaktu membacanya. Wa Allahu `Alam.

Ahad, 13 November 2011

Buat yang jauh di sana.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....aku memohon kepada mu Ya Allah janganlah engkau lalaikan aku dengan segala kemewahan yang ade di bumi ini Ya Allah.Janganlah kau lalaikan aku dengan segala perbuatan perbuatan yang membawa aku ke arah kemaksiatan.Dengan namau Ya Allah aku memohon agar kau temukanlah aku dengan orang yang pernah aku sayang yang pernah aku buat masa depan dia gelap dan yang pernah kau utuskan buat diriku semasa aku ingin ke jalan Mu Ya Allah.Ya Allah Ya Tuhanku aku bersyukur dengan ujian yang kau berikan buat aku dan ini mendekatkan lagi diriku ini kepadamu Ya Allah dan membuatkan diriku ini tidak pernah jemu menyebut namaMu Ya Allah ketika aku berada dalam kesusahan.Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim aku mohon kepadamu Ya Allah agar kau tabahkan hati si dia Ya Allah supaya dia sentiasa kuat untuk menempuh liku liku kehidupan yang penuh dengan dugaan ini.Ya Allah apalah khabar si dia yang berada di sana?Aku harap agar si dia sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi oleh mu Ya Allah.Ya Allah bagaimana si dia menghadapi dengan segala ujian yang telah kau turunkan buat kami ini Ya Allah?Hambamu ini berharap agar si dia tidak jemu menyebut namamu Ya Allah dan sentiasa berdoa kepadamu Ya Allah.Ya Allah kau telah temukan aku sebaik baik manusia yang pernah aku kenal.Manusia inilah yang banyak membimbing aku.Ya Allah.Aku bersyukur Ya Allah atas ujian yang kau berikan kepada kami mungkin ade hikmahnye buat kami dan ade kebaikkanya untuk kami pada masa akan datang.Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kau temukanlah aku dengan si dia satu hari nanti untuk aku menjaga dia dan membimbing si dia kejalan Mu Ya Allah,menjadi imam dan ayah yang baik buat anak anak dan membawa si dia bersama untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.Ya Allah Ya Tuhanku seandainya si dia bukanlah jodoh buat diriku kau temukanlah si dia dengan pasangan yang boleh membawa si dia sentiasa di landasan mu Ya Allah dan boleh membawa si dia mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.Amin Ya Rabbal Alamin.....

Sabtu, 12 November 2011

Solat sunat

Ana ingin kongsikan solat sunat yang boleh kita amalkan untuk mengukuhkan lagi iman kita...

1. Sunat Rawatib - iaitu solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat rawatib ada dua jenis:

a. Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat sebelum solat Isya';

b. Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'.

2. Sunat Dhuha - solat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).

3. Sunat Witir - solat selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat sunat tarawih. Bilangan rakaatnya ialah 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat.

4. Sunat Tahajjud - solat pada lewat tengah malam selepas bangun dari tidur.

5. Sunat Tasbih - solat yang mengandungi 300 tasbih, dan dianjurkan sekurang-kurangnya dikerjakan sekali seumur hidup. Solat tasbih ada empat rakaat, dengan satu salam jika dikerjakan pada siang hari, dan dengan dua salam jika dikerjakan pada malam hari.

Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk sebelum qiam di rakaat pertama dan ketiga (atau 10 tasbih selepas tahiyyat awal di rakaat kedua, dan selepas tahiyyat akhir di rakaat terakhir sebelum salam.) Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.

6. Sunat Hajat - solat untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan.

7. Sunat Tahiyyatul Masjid - solat ketika memasuki masjid.

8. Sunat Taubat - solat untuk memohon keampunan setelah menginsafi perbuatan mungkar.

9. Sunat Musafir - solat sebelum keluar untuk bermusafir.

10. Sunat Hari Raya - solat pada hari raya Aidilfitri dan AidilAdha, dan mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua.

11. Sunat Tarawih - solat selepas solat Isyak pada bulan Ramadan.

12. Sunat Istikharah - solat untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu dalam mengambil keputusan. Sebaiknya dikerjakan pada 2/3 malam terakhir.

13. Sunat Mutlaq - solat sunat tanpa sebab dan tidak ditentukan waktunya, juga tidak dibatasi jumlah rakaatnya.

14. Sunat Wuduk - solat selepas mengerjakan wuduk.

15. Sunat Khusuf (Gerhana) - solat sunat sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

16. Sunat Istisqa' (Minta Hujan) - solat sunat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh. Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa’. Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali.

Cara pemakaian tudung yang tidak sah dalam islam..

Assalamualaikum,ana berminta dgn topik bual bicara yang dibincangkan oleh Dato Mashitah mengenai cara pemakaian tudung yang sah bagi kaum hawa.Zaman sekarang nie pelbagai trend tudung ade kebanyakkanye sume ta menepati syarak.Ana na tegur nie sebab terlalu banyak yang terikutkan sangat trend2 tudung sekarang sehingga menyebabkan terkeluar dari landasan islam.Sesetengah tu boleh menyebabkan seseorang memandang serong terhadap wanita itu dan menyebabkan berlakunya banyak dosa.Di sini ana ingin menunjukkan pemakaian tudung trend sekarang yang menyerupai yahudi laknutullah.


Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.

Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)

Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.

Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.

"Berpakaianlah mengikut ajaran Islam"

Bak kata Dato Mashitah apa salahnya kaum hawa sekarang memakai tudung yang boleh menutupi dada ataupun belahan dada bagi bahasa yang sopan.Pemikiran lelaki nie kebanyakkanya singkat kadang2 tu cara pemakaian wanita ini boleh menaikkan nafsu kaum adam jadi untuk mengelakkan dosa pakailah pakaian yang sopan menutup aurat supaya kita terhindar daripada godaan syaitan yang boleh membawa kepada terkeluarnya daripada ajaran islam.Wallahualam.

Ajal maut ditangan tuhan

Ana ingin berkongsi pengalaman bersama sahabat sekalian.Kebetulan ana baru sahaja pulang daripada bermain futsal pukul 4 pagi ana sampai di rumah.Ana membawa adik ana teman bersama.Ana rase bersyukur kerana adik menjadi peneman ana pada ketika itu kalau tidak ana mungkin ditimpa musibah kerana terlalu mengantuk memandu kenderaan.Ingatlah sahabat jangan la pulang lewat pagi ke rumah kerana ramai yang mabuk memandu kenderaan terlalu laju sehingga membahayakan diri kita.Berbalik kepada cerita,Ana sentiasa bersyukur dan mengucapkan alhamdulillah tidak terhenti2 kerana tidak ditimpa musibah.Allah sahajalah tempat ana memanjatkan syukur.Ape pon yang timpa diri ana lepas ini ana redha ini semua ujian daripada Allah SWT.Jom tunggu solat subuh sahabat.Kalau ana tidur sekarang nie mesti lebur ta jumpe subuh buat pagi ini...huhu...Itu je ana na kongsi...Assalamualaikum...

Khamis, 10 November 2011

Kenali dirimaka kenalah Allah SWT

Bismillahirrahmanirrahim..

Ana ingin berkongsi sedikit ilmu tentang mengenal diri sendiri.Mengapa anda berminat berbicara tentang mengenal diri?Terlalu besar skopnya dengan mengenal diri kita akan mengenal Allah SWT.Ape yang ana ingin kongsikan di sini,selepas anta menunaikan solat subuh ana duduk disejadah mengenang nasib ana selama ini pernahkah anta mengenal diri ana?pernahkah ana membawa diri ana mendekatkan diri ke jalan Allah?Subhanallah takutnya ant\a.Kebetulan sewaktu ant\a membuka televisyen siaran oasis ade topik yang membincangkan kenali diri yang dibualkan oleh ustaz sekalian dari pesantren indonesia.Menurut ustaz tersebut yang pertamanye kite haruslah mengerti mengapa kita dilahirkan di muka bumi ini?Tujuannya untuk kita dekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT.Ustaz ade membecarakan berhadapanlah dengan cermin berbualah dgn bayang anda dan menanya siapakah diri kite sebenar?ape tujuan kita hidup di muka bumi ini?pernahkah kite berbakti kepada kedua ibu bapa kita?dengan ini kita semua akan mengenali siapa diri kita.insyaallah.Apabila kita telah mengenal siapa diri kita barulah kite boleh menasihati manusia lain yang melakukan perkara mungkar.Sekiranya kite mengenal diri lahiriah kita tidak akan mengenal Allah jadi kita haruslah mengenal diri yang batin iaini diri yang lahir dan datang kepada Allah SWT.Bagi sesiapa yang tidak mengeli dirinya dia tergolong dalam golongan yang kafir dan masih menjadi hamba kepada syaitan dan jin.Oleh itu wahai saudaruku ilmu Ketuhanan itulah harta bagi dirimu.Bekalan bagi diri kamu daripada kandungan ibu sampailah ke alam ini.Daripada alam ini sampailah ke alam akhirat.Oleh itu tida siapa yang boleh menegakkan kita,menuntut dan mencarinya kerana ia merupakan hak milik kita yang tulin.Berbalik kepada topik yang ana ingin kongsikan.Tiada siapa boleh mengenal Allah jika kita belum mengenal diri kita.Jangan anggap hanya mengenal fizikal yang ade pada diri kita sudah cukup untuk kita mengenal sepenuhnya diri kita.Yang mengenal diri itu ialah mengetahui dari mana asal usul dirimu dan dari mana diri batin itu dan apa tugasnya terhadap diri kita wahai sahabat sekalian.Oleh itu berfikirlah baik baik kerana ilmu Ketuhanan ini bukanlah sehari dua malah ia bekekalan hingga akhir hayat kita..Banyak ini je la yang ana dapat kongsikan ikutkan nak je karang banyak lagi ape kan daya mase tidak mengizinkan.Mane yang salah silap datang dari Anta,mana yang baik itu daripada Allah SWT...insyaallah.

Pengorbanan ibu dan ayah,rintihan seorang ibu...

Pengorbanan merupakan perkara yang di tuntut dalam islam asalkan berlandaskan syariat Allah.Kebanayakkan manusia zaman sekarang tidak sedar bertapa besarnya pengorabanan seorang ibu dan ayah bagi mereka itu hanyalah perkara yang remeh.Pernahkah kita sebagai anak melihat kedua ibu bapa kite menangis di depan anaknya tidak pernahkan?Sebenarnye apabila kite melakukan dosa tidak kiralah dosa kecil atau besar ibu bapa tetap akan menitiskan air matanya mengenagkan nasib anak mereka dan mengenang nasib mereka ape salah mereka sehingga anak mereka membalas mereka sedemikian rupa.Sahabat di sini ana ingin berkongsi rintihan seorang ibu buat anaknya yang tersayang......hayatinya wahai sahabat....


Ini kisah sedih seorang ibu. Takkan ada seseorang
lai...n yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Ni
cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. Sebab
seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. Jadi aku letak dalam
page ni.

Cerita ni
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya…

Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu
teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke
Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan
datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin
tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana
sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu
mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat
kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak
sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… Aku
memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak
lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Dia
memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas
itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!

Wassalam...

Rabu, 9 November 2011

Keistimewaan ayat al Kursi

للَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُالسَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Amalkan lah ayat ini ketika tidur malaikat akan menjaga kalian sepanjang kalian tidur.

Antara yang lain

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk
menanam keraguan di hati suami terhadap
kesetiaan isteri di rumah dan keraguan
di hati isteri terhadap kejujuran suami
di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah
tidak akan masuk rumah sehingga Baginda
mendengar jawaban salam dari
isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari
bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-

hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah
SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

di akhir tiap sembahyang, dia akan
masuk syurga dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT akan
memelihara rumahnya dan rumah-rumah
disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap
hati orang yang bersyukur, setiap
perbuatan orang yang benar, pahala
nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat
padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

sebelum keluar rumahnya, maka Allah
SWT mengutuskan70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya
dan dia adalah seperti orang yang
berperang bersama Nabi Allah sehingga
mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-

Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi
pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,

Rasulullah S.A.W.
bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk

Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Ak hirat-mu"

Subhanallah...

Moga Allah SWT temukan kami semula

Ana pernah bercinta lebih kurang 5 tahun.Dialah perempuan pertama dan terakhir yang sentiasa akan berada di
hati Ana.Seperti semua orang inginkan,kalau bercinta mesti mahu kejinjang pelamin betul ta?
Ana juga mempunyai perasaan yang sama.Cinta ana adalah ikhlas buat si dia.Wanita ini jugaklah yang banyak
mengajak Ana kejalan Allah SWT,mendekati Allah SWT.Cinta ana buat wanita ini adalah kerana Allah.Allah telah mengutuskan wanita ini untuk membimbing ana kejalan Allah.Sehingga pada tarikh sekalian sekalian ana ditakdirkan
berpisah dengan pasangan ana oleh sebab tidak direstui oleh keluarganya.Keluarganya sangat bencikan ana mngkin sebab ana telah banyak membuatkan hati keluarganya tidak tenang.Walaupun ana kaum Adam ana
mempunyai hati yang kecil,hati yang lembut mudah mengalirkan air mata.Ana tidak pernah mengalirkan air
mata buat wanita lain selain untuk keluarga ana dan Wanita ini.Ana banyak mintak petunjuk Allah untuk
temukan jodoh yang terbaik buat Ana dan wanita ini la yang terbaik buat ana.Apabila ana berdoa kepada
Allah air mata anta akan mengalir mengenangkan hubungan kami.
Cerita mengenai pasangan Ana,pada mulanya pasangan ana ini tidak setuju dengan ape yang ibunya lakukan.sehingga ibunya paksanye untuk berkawan dgn seorang lelaki yang pasangan ana tidak rela untuk hadapinya.Sehinggakan apa yang pasangan ana ceritakan pada ibunya mengenai lelaki tersebut ibunya hanya pandang lelaki tersebut baik sahaja tingkah lakunya.Maklumlah lelaki itu sudah bekerjaya seorang yang banyak membuat jasa kepada manusia tanpa dia manusia tidak akan sihat namun ana hanyalah seorang pemegang diploma yang baru sahaja ingin mengenal dunia kerjaya apakan daya ana tidak mempunyai apa2 untuk dibuktikan buat keluarga pasangan ana.Apepun Ana hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah SWT.Berbalik kepada kisah ana,sehinggakan pada satu hari ibunya membuat perhitungan buat pasangan ana untuk memilih anta atau ibunya.Apa yang Ana mampu katakan pengorbanan ibu terlalu besar buat anaknya pilihlah ibumu.Pasangan ana membuat keputusan kite ditakdirkan berpisah buat seketika,Apa yang ana mampu katakan kalau itu yang terbaik buat diri pasangan ana,ana turutkan.Memang sukar untuk berpisah dengan pasangan ana tetapi Allah telah takdirkan untuk kami berpisah.Ana redha dengan ketentuan Allah SWT mungkin ini yang terbaik untuk hubungan kami.Bekorban untuk orang yang tersayang adalah perkara yang indah untuk melihat hidupnya bahagia dan ingatlah setiap pengorbanan kita Allah akan balas dengan ape jua kebaikan asalkan ia berlandaskan ke jalan Allah SWT.Berbalik kepada cerita ana.Ana berharap dan sentiasa berdoa agar Allah temukan ana dengan pasangan ana pada masa akan datang dan mendoakan supaya jodoh anta dgn pasangan ana kekal hingga akhir hayat Ana.Sekiranya Allah telah temukan pasangan ana dengan lelaki yang lebih baik daripada ana,ana tumpang bahagia hingga akhir hayat kalau tidak dapat bertemu dibumi allah ini Ana akan jumpenye diakhirat nanti...insyaallah..Ana sayangkan wanita ini kerana Allah.

Di sini ana ingin berkongsi sedikit pendapat

Buat seseorang yang sedang dilamun cinta jagalah batas pergaulan kamu sebagai pasangan maka Allah akan jaga hubungan kita dan jangan sesekali terjebak dengan perbuatn maksiat ini akan membuat diri kamu semua merana.Bagi yang sudah terlanjur bertaubatlah kejalan Allah.
Ingatlah kamu semua cintalah seseorang itu kerana Allah janganlah kamu mencintai seseorang itu lebih daripada diri kamu sendiri.

Taubat Nasuha

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKAINI KUNTUMINA ZALIMIN (40 KALI)

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

ASTAGRFIRLLAH HALAZIM ALAZI LAILLAHAILA HUALHAYUL QAYUM WAATUBUILAIH    

(3 KALI)

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

Salam Pekenalan

Assalamualaikum / السلام عليكم /

Ana masih baru di dunia blog ini.Sebagai hamba Allah,anta juga ingin membina sebuah blog yang membawa ke arah kebaikan ia ini kejalan Allah.Ana tidaklah sempurna tetapi di sini ana ingin berkongsi serba sedikit ilmu Allah dan ingin menimba ilmu Allah daripada bloggers semua.Harap dapat membantu Ana dan kalian semua.